Wednesday, January 5, 2011

Converge - Caring & Killing


Album wajib dengar untuk mereka yang nak jadi die hard fan Converge. Caring & Killing merupakan discography mereka dari 1991 hingga 1994. Mulanya diriliskan untuk pasaran Eropah oleh Lost & Found Records . Tapi disebabkan perangai gampang label ni yang tak pandai menguruskan dan jual mahal sangat untuk ambil kesempatan, menyebabkan Converge rerelease balik album ini dibawah Hydra Head Records, Label kepunyaan Aaron Turner ( Isis) pada 1997.Semua track adalah dari debut album mereka Halo in a Haystack (1994) , Soundtrack of the Revolution split EP (1993) ,Boston Is Burning split EP (1993), Where Have All the Flowers Gone demo (1992) In Our Blood compilation (1992) dan beberapa unreleased track sekitar 91 / 94/95.

Di mulakan dengan intro Shallow Breathing dan terus bersambung dengan I Abstain. Ini dua lagu yang selalu kami jamming di awal 2000-2001 ,zaman awal Devilica. Sampai sekarang masih ingat lagi dan still jadi antara lagu-lagu yang tak boleh aku lupakan. Track lain yang Hits juga pada masa itu ialah Dead, Blind dan Two days Romance. Boleh katakan semua lagu dalam ni layan. Dengan arrangement yang chaotic , technical tapi still got melody dan sound yang raw, di selang seli juga dengan screaming Jacob Bannon yang agak psikotik ( dengar trek : Divinity) menjadikan band ini satu pengaruh besar dan ikutan dalam dunia Hardcore / Metal.

Zaman-zaman 90 an dahulu, album ini dilabelkan sebagai Dark Chaotic Emotional Hardcore. Aku pun tak tahu siapa yang bagi terms ni. Haha.Wajib cari album ni. Jangan sekadar dengar Jane Doe, No Heroes dan You fail Me dah mengaku die hard fan Converge. By The way, terima kasih kepada Zulfadli Jaafar kerana tolong aku dapatkan semula lagu-lagu ni. ;) Kaset dubbing aku dulu entah mana hilang dah.

No comments:

Post a Comment