Showing posts with label CD Review. Show all posts
Showing posts with label CD Review. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

Converge - Caring & Killing


Album wajib dengar untuk mereka yang nak jadi die hard fan Converge. Caring & Killing merupakan discography mereka dari 1991 hingga 1994. Mulanya diriliskan untuk pasaran Eropah oleh Lost & Found Records . Tapi disebabkan perangai gampang label ni yang tak pandai menguruskan dan jual mahal sangat untuk ambil kesempatan, menyebabkan Converge rerelease balik album ini dibawah Hydra Head Records, Label kepunyaan Aaron Turner ( Isis) pada 1997.Semua track adalah dari debut album mereka Halo in a Haystack (1994) , Soundtrack of the Revolution split EP (1993) ,Boston Is Burning split EP (1993), Where Have All the Flowers Gone demo (1992) In Our Blood compilation (1992) dan beberapa unreleased track sekitar 91 / 94/95.

Di mulakan dengan intro Shallow Breathing dan terus bersambung dengan I Abstain. Ini dua lagu yang selalu kami jamming di awal 2000-2001 ,zaman awal Devilica. Sampai sekarang masih ingat lagi dan still jadi antara lagu-lagu yang tak boleh aku lupakan. Track lain yang Hits juga pada masa itu ialah Dead, Blind dan Two days Romance. Boleh katakan semua lagu dalam ni layan. Dengan arrangement yang chaotic , technical tapi still got melody dan sound yang raw, di selang seli juga dengan screaming Jacob Bannon yang agak psikotik ( dengar trek : Divinity) menjadikan band ini satu pengaruh besar dan ikutan dalam dunia Hardcore / Metal.

Zaman-zaman 90 an dahulu, album ini dilabelkan sebagai Dark Chaotic Emotional Hardcore. Aku pun tak tahu siapa yang bagi terms ni. Haha.Wajib cari album ni. Jangan sekadar dengar Jane Doe, No Heroes dan You fail Me dah mengaku die hard fan Converge. By The way, terima kasih kepada Zulfadli Jaafar kerana tolong aku dapatkan semula lagu-lagu ni. ;) Kaset dubbing aku dulu entah mana hilang dah.

Converge - When Forever Comes Crashing


Converge. Dikenali, dikagumi tapi ramai yang kurang mengerti. Band dari Boston ini memberi dimensi baru dalam dunia muzik agresif hardcore /metal. Pelopor kepada muzik-muzik chaotic , mathcore walaupun mereka lebih senang melabelkan hardcore punk kepada muzik mereka. Rilisan ini adalah album mereka yang ketiga, keluaran 1998 oleh Equal Vision. Direkodkan di studio milik gitaris mereka God City Studio dan diproducekan oleh Steve Austin (Today Is The Day) dan Converge sendiri.

Ini adalah antara album Converge kegemaran aku yang petama kali aku dengar sekitar 1999. Waktu itu cuma dubbing kat kawan-kawan jer. Nak order memang tak mampu. Tapi ianya cukup untuk menambahkan kecintaan aku kepada band ini sampai ke hari ini.
Antara lagu yang wajib didengar ialah Year of the swine, The high cost of playing god, Conduit, Letterbomb dan When forever come crashing. Semestinya buat anda jadi gila. Dan kalau diikutkan pada 1998 tidak banyak lagi band yang berani buat eksperimen seperti ini. Tak lupa juga, album ini juga ada featuring beberapa bintang sebagai back up vokal mereka Steve Austin (Today Is The Day ), Matt Pike ( High On fire , Sleep) dan Jay Randal (Agoraphobic Nosebleed)
Recommended - Classic! Bermelodi ! Berbeza dari Converge hari ini.