Monday, February 21, 2011

Tampin Attack!!!

[19/2]

Setelah beberapa kali tarikhnya ditunda-tunda akhirnya, gig Tampin Attack yang dianjur oleh Kecik bersama rakan-rakannya dari Quandeath Community berlangsung penuh suka duka untuk organiser yang masih kecik ini.
Slot pertama yang patut bermula pada jam 1300 terpaksa dilewatkan kerana band yang sepatutnya opening tidak dapat hadir. So, Red Bullet menawarkan sendiri ''line up'' mereka untuk menjadi ''opening band'',sungguh steady band itu..[haha]..
Diikuti Throw-ma dengan crowd yang supportive walaupun sedikit tapi dapat juga lah nak ''slam''. Selepas itu,band yang membuat ''crowd'' hentak-hentak kaki iaitu Burn Out daripada Puchong yang tiba tepat pada waktunya bersama wajah yang terpegun melihat keindahan wajah baru Seventh Heaven Studio setelah mereka pernah perform di sini semasa Nine Eleven tahun lalu.

Kemudian,Berantakan yang hampir membuat hall jadi berantakan tapi semuanya terkawal dan Exotica daripada Kuala Pilah juga membuat crowd di dalam hall pada masa itu menjadi 'chaos' seperti Berantakan..

Di sinilah kekusutan bermula apabila 3 band terakhir iaitu Collage,Naratu dan Thy Regiment masih belum kelihatan. Jam pada masa itu menunjukkan pukul 6 petang .Gig terpaksa dihentikan seketika. Ateng mengajak aku dan rakan-rakan lain minum bersama. Lama juga kami menunggu kehadiran band tersebut sehinggalah Collage tiba kira-kira pukul 8 malam  dan mereka terus bergegas ke atas stage dan memulakan persembahan . Walaupun lama menunggu namun,crowd yang dipenuhi oleh anak-anak komuniti hardcore tempatan masih tetap juga setia di dalam hall.


Disusuli selepas itu oleh Naratu dan crowd mula mosh dan ''sing-a-long'' memaki hamun bersama lagu-lagu Naratu. Akhir sekali, Thy Regiment menutup slot terakhir pada gig ini dengan performance yang mengubat kepenatan crowd yang lama menunggu sebelum itu.

Seperti sebelum ini, mereka memuji ''Tampin terbaik!!'' dan kami pun menjawab ''terima kasih datang lagi''


''kepada Kecik, jangan pedulikan tentang untung rugi tapi hari ini engkau belajar''

2 comments: