Sunday, April 10, 2011

Monkey Is Us memang awesome lah!!!

Setelah hampir sebulan Seventh Heaven dan Tampin sunyi dengan gig kali ini ianya bermula kembali. Sabtu yang lepas merupakan gig pertama untuk bulan April dan kali ini show ini disorganize oleh rakan-rakan dari Shock & Awe Media. Terima kasih kepada mereka kerana sudi menganjurkannya di pekan kami yang kecil ini. It was awesome.

Aku sampai agak lewat, sekitar pukul 5 kerana ada mesyurat yang wajib diattend dan nasib baik ada anak-anak muda Minority Trace yang telah diamanahkan untuk menjadi Crew dan memastikan ianya berjalan lancer. Terima Kasih kepada Pie, Dush, Anis, Akem dan rakan-rakan. Selesai berjabat tangan diluar aku terus masuk ke dalam hall dan kelihatan Pusher sedang perform. Aku sudah terlepas menyaksikan Carbon 13 waktu ni. Sayang . Lupa nak diberitahu yang gig ini bermula agak lewat ( 4.30 ) namun ianya berjalan lancar. Dua band tidak dapat bersama iaitu END dan Blood On Wediing Dress.

Seperti biasa, Pusher berjaya deliver yang terbaik. The crowd semua puas hati dan tidak segan silu untuk sing a long dan menari. Alak merupakan personality yang sudah dikenali di sini. And the kids love him. Ini adalah kali ketiga untuk beliau dan kedua bagi Pusher.


Selepas Pusher, Gymnastic Skull Whistling hit the stage. Sudah lama juga aku nak tengok band ini. Berdasarkan feedback dari rakan-rakan ini merupakan antara band yang ingin aku saksikan. Suasana bertukar agak laju ketika ini. Disebabkan expectation yang amat tinggi, aku agak kecewa kerana GSW kelihatan kurang tight dari pendengaran aku. Mungkin atas beberapa sebab, keletihan agaknya . But I hope I can see them again. Lagu-lagu mereka juga bukannya typical power violence. A lil bit technical dan kreatif.


Selesai menyaksikan GSW aku keluar untuk berbual dengan rakan-rakan disamping mengambil peluang untuk menambah tenaga dengan asap.


The Garrison is next and they Hit It. Awesome performance from this guy and semua kelihatan enjoy.



Killeur Calculateur merupakan band yang dinanti nantikan oleh kebanyakan yang hadir pada hari itu. Ketika itu aku di luar dan apabila KC mulakan set, begitu ramai yang berlari masuk ke dalam. It shows that this band memang awesome. Seperti biasa mereka tidak menghampakan. Sing a long, stage dive ada di mana-mana. Dan mereka mengakhiri set dengan cover song dari Refused, Rather Be Dead.






Dan the last band, juga band yang memang ditunggu tunggu sekian lama oleh anak-anak di Tampin, Sarjan Hassan. Setelah dua kali tidak dapat beraksi di sini akhirnya Sarjan Hassan Berjaya menghilangkan rasa kempunan kepada anak-anak di sini. Man Beranak berjaya menghiburkan crowd dengan humornya yang selamba. Berbakat besar untuk menyertai Raja Lawak musim hadapan. Set Sarjan Hassan memang tight. Berjaya membuat mereka yang pertama kali melihat Sarjan Hassan untuk enjoy bersama –sama. Dan cover song dari Motorhead dan Slayer mengakhiri set mereka pada hari itu.





Keseluruhannya, gig ini berjalan lancar. Dengan kedatangan crowd yang tidak menghampakan. Ramai yang sanggup datang dari KL, batu Pahat, JB, Pahang dan lain-lain. Dan ianya satu perkembangan yang positif untuk kami di sini. Ribuan terima kasih dan syabas untuk Ci Chan dan rakan-rakan Shock & Awe.

Semua gambar-gambar diambil oleh : Ady Shutter Scream ( Thanx Bro )

No comments:

Post a Comment