Tuesday, January 18, 2011

Daighila Interview

Ini adalah interview pertama di dalam Blog Penendang Awan. Interview yang dijawab oleh Epit dan Duan untuk mewakili Daighila. Bercerita mengenai release terbaru, tour dan gossip liar yang melanda Adzuan Idris. Enjoy.

Q. Wassup Daighila. Bagaimana preparation anda untuk tour bersama Circuit Februari nanti?
Epit: Ok saja, cuma banyak²kan practice dan kumpul duit serta uruskan release untuk tour.

Duan: Biasa-biasa je,tapi excited sebenarnya,kena practis la di hujung minggu selalu..

Q. Any releases untuk tour nanti? Ceritalah. Apa mesej yang ingin disampaikan dan bagaimana muzik Daighila sekarang?

Epit: Kami akan split dgn diorang. Lagu² kami sekarang lebih personal berbanding dulu. Lebih menjurus kepada personal choices sebab in the end choices peribadi tu yg akan membawa kepada the bigger picture. Kami percaya kita semua coexist dan semua pilihan dan tindakan kita akan mempengaruhi semua benda, life in general.bak kata pepatah,"punk is a mindset". Muzik kami dah banyak berkembang sejak susun atur line up dah diubah. Kami lebih banyak explore dan cuba tak nak play safe dan cuba push dalam penghasilan material2 baru untuk pastikan lagu kami tidak sama sangat macam lagu² dulu. Sekarang senang sikit sebab kami lebih selesa dengan line up sekarang.

Duan: Ada nanti, split tape dengan Circuits dan akan diriliskan oleh Stoneville Records. Jangan lupa dapatkan sepanjang tour nanti ya.Lirik kali ni aku menulis di dalam bahasa ,mungkin lagi senang untuk aku faham dan sampaikan. Tetapi jangan risau, akan disertakan explaination sekali, mahu di dalam sleeve cover atau semasa show. Musik Daighila mungkin dah lain berbeza seperti zaman awal-awal penubuhan dulu,tak tahu nak cakap style macam mana sekarang. Kalau nak tahu kena datang show dan beli tape la hahaha.
Q. Release kali ni record kat mana? apa pembaharuan dalam sesi recording berbanding dulu dan jika tak keberatan , gears yang Daighila gunakan untuk sesi rakaman.

Epit: Rekod kat Iseekmusic. Kami selesa rekod dgn Mokhtar sebab dia dah biasa tengok kami bergaduh masa rekod. Gear kami standardlah macam org lain. Amp, bass, gitar dgn efek sikit, reverb delay distortion. Benda² standard. Nothing special.

Duan: Macam biasa kami rekod dekat Iseekmusic studio,dan diproduce oleh Abang Mokhtar. Kami suka rekod dengan dia. Senang nak deal, kalau dia letih boleh pujuk pakai air Red bull dengan burger je . Harga pun berpatutan,sebab nak rekod dekat studio lain mahal-mahal, kami tak berduit.

Q. Ramai nak tau, kenapa Daighila? Apa maksud di sebalik nama? Adakah daighila itu nama dari seorang gadis bernama Dai yang pernahdiminati oleh adzuan idris? sila jangan bagi jawapan no komen.

Duan: Tak ada maksud apa pun,serius.. Tidak ada kena mengena dengan nama gadis mana-mana pun..ateng sengaja mereka-reka cerita untuk kena kan aku time tu,tapi aku tak kisah pun ( hahahhaha - ed )

Q. Bagaimana korang melihat muzik korang pada awal-awal penubuhan Daighila dengan hari ini?

Epit: Macam aku cakap tadi, line sekarang lebih selesa dan serasi. Banyak improvement dan lebih byk kena improve lagi. Dulu susah sikit sebab masih bangang main muzik. Sekarang ok la. Tapi stil lots to learn.

Duan: Susah jugak nak cakap,mungkin banyak dengar dan bercampur dengan minat orang lain,sama-sama share. Bila buat lagu tu, try masuk benda baru dan try cari kelainan. Daighila ada 4 orang,masing-masing punya citarasa musik yg berbeza. Jadi kemungkinan akan berubah jugak bila dah lama-lama.



Q. Korang ni bukan mewah sangat, tapi still boleh tour ke mana-mana, ini membuktikan passion anda semua dalam scene itu sendiri.Jadi, boleh bagi tips kat band-band lain yang mahu tour seperti korang ni. Korang takde simpan duit untuk kahwin ker? Haha

Epit: Kumpul la duit. Fortunately kami semua ada keje untuk kumpul duit buat benda ni semua. Bukan murah dan duit tak jatuh dari langit. Sebab kami pun bukan anak² orang berada. Kalau takda duit tak payah la makan. Simpan utk rekod atau tour atau beli gear dan alatan muzik yg diperlukan. Kahwin adalah hal masing². Nak kahwin sukati tapi band kasi jalan.

Duan: Haha,kawin tu lambat lagi beb. Tapi kalau dah ada rezeki tu nak buat camne ak?hahaha.. Mungkin sebab minat yang mendalam dengan musik yang kami bawakkan dan nak share something dengan orang lain. Aku tak letih lagi, masih boleh bergerak,dan masih banyak target yang belum dicapai. Aku harap mana yang baru tu jangan putus asa, selagi tak capai target yang dikehendaki,teruskan. Letih, bazir sikit-sikit tu perkara biasa dalam hardore/punk,yang penting jangan berkira dengan benda yang kita minat.

Q. Apa pendapat kamu mengenai rakan touring kamu nanti, Circuits.

Epit: Juzzy from Circuits is a good friend of ours. So kena la cakap diorang best. Ahaha. Tp memang diorg cun. Promising band. Takpercaya check out la diorang. Tak rugi kalau datang tengok diorg main nanti.

Duan: Fuh, diorang power dan best,tak sabar nak jumpa diorang Musik² macam diaorang ni memang tak banyak jumpa, jadi nanti kalau diaorang main jangan lupa datang.
Q. Kewujudan space untuk gig di pekan² kecil sekarang seperti Tampin , Temerloh dan Batu pahat. what do you think?

Epit: The more the merrier! Baguslah, boleh bawak band tour main keluar dari bandar besar dan lebih exposekan benda ni semua dekat new faces. Perluaskan lagi diy networking. This is the way to do it. Cun!

Duan: Bagi aku ianya sangat bagus, itu menjadi titik mula bagi sebuah scene dari yang buat band,poetry ataupun menulis zine boleh berkumpul berkongsi idea masing-masing. Kalau takde tempat² macam ni, susah jugak band² local or oversea nak datang main dan share musik diaorang nanti, selagi berlangsung ya acara gig ni di venue2 ini,scene tempat tu takkan mati.


Q. Selalu jugak muka Adzuan Idris dan yang lain ada di gig sekitar KL, so ada tak band-band baru yang mengkagumkan anda dan kenapa?

Epit: Gymnastic Skull Whistling sebab they're fucking angry! Mmg ganas.

Duan: Ada-ada. Sekarang aku berminat dengan satu band powerviolence ni,nama dia Gymnastic Skull Whistling,diaorang 3 piece,tapi padat,bertenaga. Harap diaorang rajin,terus aktif dan banyakkan rilisan..oh ya,nanti sebuah label akan meriliskan demo diaorang,aku rasa dah hampir siap dan akan diriliskan dalam tahun ni jugak,oleh dan aku sebenar peminat band abang yang buat label ni,nama band dia Crimescene . Tak sabar nak tunggu rilisan baru dari mereka-mereka ni hihihi ( gelak gatal) ..

Q. Harapan korang untuk tour kali ni dan ucapan untuk peminat

Epit: Harap semua berjalan lancar.

Duan: Kami takde peminat pun, yang ada kawan-kawan je. Harap semua datang time show nanti berikan sokongan,pada band local,mahupun luar,jumpa nanti senyum-senyum la tegur ok :).

No comments:

Post a Comment