Monday, February 7, 2011

Interview bersama Mudik Daighila

(mudik bersama lelaki misteri )

Interview ini aku hantar bersama soalan yang aku hantar kepada Duan dan Epit. Tapi lambat benar lak mamat ni jawab. fail lah. Untuk tidak menghampakannya aku siarkan jawapannya. Mudik ialah bassist untuk Daighila, manakala Ami pula dipercayai terlupa cara-cara menaip keyboard .

Wassup Daighila. Bagaimana preparation anda untuk tour bersama Circuit Februari nanti?
Mudik : hai hensem...aku on je

Q. Any releases untuk tour nanti? Ceritalah. Apa mesej yang ingin disampaikan dan bagaimana muzik Daighila sekarang?
Mudik : rock n roll!hahaha...macam2 ada..satu lagu tu pun dah ade 4-5 jenis muzik..crazycore!kah!kah!kah!

Q. Release kali ni record kat mana? apa pembaharuan dalam sesi recording berbanding dulu dan jika tak keberatan , gears yang Daighila gunakan untuk sesi rakaman.
Mudik : lagu sekarang sudah tidak senang macam dulu2...luar biasa sikit hehe...custom bass g&l copy+ibanez ts-9(tube screamer)...

Q. Bagaimana korang melihat muzik korang pada awal-awal penubuhan Daighila dengan hari ini?
Mudik : jauh beza nye...rasa kelakar bila main lagu2 lama balik hehe...tapi sebenarnya itulah hasil usaha terbaik kita orang yang mampu lakukan dan tidak akan dilupakan hingga ke hari ini...kalau dulu takde 'bahan2 rujukan' ni semua,mungkin kita orang tak dapat menikmati muzik yang kiteorang main sekarang..bak kat orang tua2,mula lah dari bawah jangan tiba2 terus ke atas..perlahan2 yo jang jangan gelojoh sangat :p

Q. Korang ni bukan mewah sangat, tapi still boleh tour ke mana-mana, ini membuktikan passion anda semua dalam scene itu sendiri.Jadi, boleh bagi tips kat band-band lain yang mahu tour seperti korang ni. Korang takde simpan duit untuk kahwin ker? Haha
Mudik : kepada yang lain,kalau ade jadi penanam anggur tetap lah hehe..cari je ape2 keje yang mendatangkan duit tak kiralah gaji sikit mana pun...dapat je duit terus simpan sikit2...kurangkan boros dan enjoy sangat2..beli barang keperluan je wokeh..aku tunggu greenlight bapak perempuan je sekarang ni hehe

Q. Apa pendapat kamu mengenai rakan touring kamu nanti, Circuits.
Mudik : aku rasa ok...lagi pun salah sorang dari circuits sudah lama mengenali kiteorang..so aku rase takde masalah nak berkomunikasi dan apa2 sahaja kat dieorang ni

Q. Kewujudan space untuk gig di pekan² kecil sekarang seperti Tampin , Temerloh dan Batu pahat. what do you think?
Mudik : bagus !saye suka :p

Q. Selalu jugak muka Mudik dan yang lain ada di gig sekitar KL, so ada tak band-band baru yang mengkagumkan anda dan kenapa?
Mudik: .ada...tapi taknak sebut name band tu:P..dieorang ni menghasilkan satu resipi ramuan yang bagus,bagaikan magnet menarik sudu hehe...kalau dimakan mo kicap sodap tu hehe:p

Q. Harapan korang untuk tour kali ni dan ucapan untuk peminat
Mudik : doakan kami selamat disana dan selamat pulang ke sini..tq

No comments:

Post a Comment