Thursday, January 19, 2012

PeteThePirateSquid SEA tour 2012- Tampin



Acara penutup di bulan pembuka tahun 2012 ini. Rakan kami, Hands to Heaven Record membawakan Pete The Pirate Squid ke Seventh Heaven Studio, Tampin. Seperti biasa, band Post-Punk daripada Holland ini singgah ke Tampin bagi melengkapkan siri jelajah mereka ke beberapa negara di Rantau Asia Tenggara ini iaitu Singapura dan Malaysia. Di Malaysia, mereka bakal membuat persembahan dengan hati terbuka di 7 buah venue, daripada selatan Semenanjung Malaysia iaitu Embrace Hall di Johor Bahru hingga lah ke Sungai Petani dan Ipoh.

Berbalik kepada show mereka di Tampin yang merupakan venue ke-3 selepas Singapura, mereka bakal diiringi oleh Channeling Mahatma, Gosh, Virginia On Duty, Collusion, Urughai dan anak-anak jati Tampin iaitu Shield Of War.

Mari riuh kan hari-hari terakhir Januari anda di Seventh Seventh Studio !!

29 Januari | 3.00 pm | RM12 | 
Seventh Heaven Studio | Tampin 
Negeri Sembilan 

-Channeling Mahatma-Virginia On Duty-Urughai-Gosh-
Collusion-Shield Of War-Pete The Pirate Squid- 

No comments:

Post a Comment