Wednesday, March 28, 2012

Seventh Heaven Studio 2 Years Anniversary

Seventh Heaven Studio bermula 4 tahun lepas dgn satu studio utk jamming bagi pemuda-pemudi melampiaskan rasa gian bermain muzik di Tampin pada waktu itu. sekitar 2010, pihak pengurusan studio menyewa satu lagi lot kedai bersebelahan dan mereliasasikan impian utk menyediakan satu ruang utk pelbagai acara, terutama sekali gig anjuran anak-anak muda sekitar Tampin. Pada 16 April 2010, secara rasminya gig hall ini dilancarkan dengan show dari Freak Music yang menampilkan band dari France, Nine Eleven dan juga Triangle , Kinsfolk, Cyclonic Scream dan Exotica. Bermula dari tarikh itu jugalah seventh heaven mula dikenali sedikit demi sedikit dan kini menjadi venue yg wajib bagi band yang mahu tour di kawasan Negeri Sembilan dan Melaka. Pada April nanti, genaplah 2 tahun usia gig hall Seventh Heaven dan kami meraikan dengan jamuan dan gig yang menampilkan band-band seperti di bawah. Terima Kasih kpd semua yg mereliasasikan impian anak-anak muda di pekan kecil ini dan mereka yang membantu dan mempromosikan studio ini. Terima Kasih sekali lagi.


-Jeneral Mayhem 




Mari lah kita bersama-sama meraikan Seventh Heaven Studio 2 years Anniversary pada 14 April ini sudah tentunya di Seven Heaven Studio, Tampin, Negeri Sembilan. Aliansi Penendang Awan, sebuah label yang diasaskan oleh Jeneral Mayhem atau Ateng selaku penganjur kepada gig berprestij ini bakal menyajikan anda dengan band-band hebat tempatan masa ini. Tambahan pula ia diadakan bersempena Second Combat Count On To Survive Tour 2012 iaitu sebuah rangka tour oleh Second Combat bersempena rilisan Ep terbaru mereka Count On To Survive.

Burnout dan Driven yang baru meriliskan split Ep mereka Januari lalu juga bakal berkongsi pentas Seventh Heaven Studio 14 April ini bersama-sama salah satu band opening The Dillinger Ecp Plan K.L Tour bulan Mac lalu iaitu Hurricane. Band-band lain yang bakal menjadi sajian halwa telinga anda bersempena parti hari jadi Seventh Heven ini nanti ialah Artefacts, Kiss The Fallen, The Great Lsdone, The EightyFour, Collusion dan Saviour.

RM 12 sahaja .
Bermula pukul 12 hingga pukul 2 pm ada makan-makan.
Datang awal takut makanan habis!! yeah!!
Dah! Jangan banyak alasan !! 
Jom !! 
Hehe..




No comments:

Post a Comment